Sungai_Kilim
Sungai_Kilim

Sungai_Kilim

Sungai Kilim merupakan sungai kecil yang terletak di pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Sungai ini menjadi daya tarikan terbaru di pulau Langkawi kerana struktur geologi yang menarik terutama sekali hutan paya bakau. Saintis alam sekitar mendapati hutan paya pakau mampu mengurangkan kesan tsunami yang melanda pulau Langkawi pada 26 Disember 2004.Kini Sungai Kilim menjadi sebahagian dari jenama penting Langkawi Geopark. Di sepanjang sungai ini pokok bakau dari pelbagai jenis hidup subur. Paya bakau merupakan kawasan pertemuan antara air tawar dan air masin. Di sinilah pelbagai spesies ikan, udang, ketam dan lain-lain membiak bagi membekalkan protein kepada manusia.Terdapat bukit-bukau yang menegak di sepanjang sungai ini. Bukit-bukau ini sebahagian daripada batu kars yang berwarna agak kehitaman menonjol di kiri dan kanan sungai. Permandangannya begitu indah kerana sukar didapati ditempat lain.Para pelancong boleh menyewa bot di jeti Kilim.