Sungai_Langat


Sungai Langat terletak di negeri Selangor. Sungai Langat mengalir dari Gunung Nuang di daerah Hulu Langat. Sungai ini mengalir hingga ke Selat Melaka di Kuala Langat. Panjang sungai ini ialah 149.3 km dari hulu hingga ke muara sungai.Beberapa buah bandar dan perkampungan dibina di tepian Sungai Langat. Antaranya ialah Dusun Tua, Ulu Langat, Cheras, bandar Kajang, Sungai Chua, Jenderam, Dengkil, Sungai Manggis, Olak Lempit, Banting, Jenjarom, Teluk Datok, Teluk Panglima Garang dan Bandar Baru Bangi .Sungai Langat sangat penting ketika bijih timah menjadi industri utama di negeri Selangor. Antara kawasan bijih timah yang penting ialah Sungai Besi, Balakong, Kajang, Sungai Chua, Cheras, Serdang dan Semenyih.Sebuah empangan untuk bekalan air minuman telah dibina di hulu Sungai Langat yang dinamakan empangan Sungai Langat atau Empangan Pongsun. Sungai Semenyih merupakan ranting Sungai Langat. Kedua-dua sungai ini sangat tercemar pada suatu ketika dahulu terutama oleh kilang papan di Cheras dan najis babi di Semenyih. Sebahagian bandar Kajang pernah tenggelam kerana hujan lebat yang membentuk banjir kilat. Beberapa buah kereta di Plaza Metro Kajang tenggelam (1998). Beberapa buah kampung di Dusun Tua turut ditenggelami air sekitar tabun 1990.Air Sungai Langat membentuk kawasan paya di Sepang dan Dengkil. Namun kini kawasan paya dan tanah gambut ini telah ditebusguna.Jenderam merupakan pelabuhan penting pada Zaman Neolitik.