Sungai_Mississippi
Sungai_Mississippi

Sungai_Mississippi

Nama Sungai Mississippi berasal dari bahasa Ojibwe lama iaitu 'misi-ziibi' yang bermaksud 'sungai besar'. Sungai ini adalah sungai kedua terpanjang di benua Amerika Utara. Panjangnya 3733 km dari Tasik Itasca ke Teluk Mexico.Sungai cawangan terpanjang Sungai Mississippi ialah Sungai Missouri, manakala Sungai Arkansas kedua terpanjang. Jika mengikut isipadu air pula, Sungai Ohio ialah cawangan Sungai Mississippi yang terbesar.