Sungai_Semenyih

Sungai Semenyih terletak di Semenyih, Selangor, Malaysia. Punca Sungai Semenyih ialah di Bukit Ulu Semenyih (450 meter dari aras laut). Kuala Sungai Semenyih terletak di Jenderam Hilir. Di sini, dibina Semenyih Intake iaitu Loji Air Semenyih iaitu air sungai Semenyih disedut , diproses dan disalurkan semula kepada penduduk Semenyih, Bandar Rinching dan Bandar Tasek Kesuma semenjak 2005. Lembangan Sungai Semenyih mempunyai 36 cawangan lembah dan 25 tadahan air sederhana yang meliputi kawasan 230.94 km². Lembangan Sungai Semenyih ini termasuklah Empangan Semenyih. Sungai ini mengalami masa puncak paling kering pada Disember 1998 dan masa paling lebat iaitu pada Mac 1999. Panjang sungai ini 37 kilometer dan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu ulu sungai , tengah sungai dan hilir sungai. Kadar kandungan airnya pada 9.90 to 15.60 cumec or equal to 0.85x 10⁶m³ to 1.30x 10⁶m³ . Bekalan air mencukupi sehingga 2010.[1]Pada 1980 Empangan Semenyih telah dibina dan siap pada 1985. Nikmat air dari Empangan Semenyih tidak dinikmati oleh penduduk Semenyih. Sebaliknya air empangan disalurkan ke Putrajaya, Petaling Jaya , Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Sebahagian jalan ke Pekan Batu 18 Hulu Langat telah ditenggelamkan dan perkampungan orang Asli - Temuan , Kampung Donglai telah dipindahkan ke lokasi baru iaitu Perkampungan Orang Asli Sungai Lalang. Panjang Empangan ini kira-kira 2 kilometer dan kedalaman paling dalam ialah 200 meter. Tatkala pembinaan empangan ini, pokok - pokok tidak ditebang sepenuhnya agar memberi cengkaman kepada dasar empangan.