Sungai_Ujong

Sungai Ujong ( jawi; سوڠي اوجوڠ) ialah nama lama bagi Seremban.[1] Sebelum itu ia pernah dikenali sebagai "Sening Ujong".[2]Sungai Ujung merupakan daerah adat yang meliputi kawasan Labu, Pantai, Ampangan, Rantau, Mambau dan Kuala Sawah. Oleh kerana kawasan ini kaya dengan bijih timah, kawasan ini menjadi rebutan hangat antara pemimpin tempatan dan juga Inggeris. Kawasan yang dipanggil Luak Sungai Ujung ini diperintah oleh seorang Undang yang dilantik dari suku waris Dato' Kelana iaitu waris di darat. Seorang lagi pembesar luak ialah Dato' Shahbandar iaitu pemimpin bagi penduduk waris di air.