Sungai Yamuna (
Sanskrit: यमुना,
Urdu: جمنا kadang-kadang disebut Jamuna atau Jumna) adalah sungai terbesar dari cabang
Sungai Gangga (Ganga) di utara
India. Berasal dari Glasier
Yamunotri di ketinggian 6,387 meter, di lereng barat daya puncak Banderpooch,
Banjaran Himalaya. Panjangnya 1,376 kilometer dan menyalirkan air ke lembangan seluas 366.223 2, Km 40,2% dari seluruh cekungan Gangga, sebelum bergabung dengan
Sungai Gangga di
Triveni Sangam dan
Allahabad.Sungai ini melintasi beberapa negeri seperti
Uttarakhand ,
Haryana ,
Uttar Pradesh ,
Himachal Pradesh dan kemudian
Delhi. Terdapat beberapa lagi cawangan sungai seperti
Chambal,
Sindh,
Betwa dan
Ken. Yang terpenting ia mencipta tanah
aluvium yang sangat subur. Hampir 57 juta penduduk bergantung pada air Sungai Yamuna. Jumlah air sekitar 10,000 bilion meter padu (cbm) dan penggunaan 4,400 cbm (pengairan 96 peratus), lebih 70 peratus digunakan untuk bekalan air Delhi. Sama seperti Gangga, Yamuna juga sangat dihormati dalam agama
Hindu dan disembah sebagai dewi Yamuna. Dalam
mitologi Hindu, ia adalah puteri tuhan
Surya, dan saudara perempuan dari Yama.Aliran air Sungai Yamuna bermula dari
Yamunotri di
Himalaya ke wilayah
Wazirabad di
Delhi, sekitar 375 km. Selepas itu banyak berlakunya pencemaran akibat proses perbandaran dan pembangunan. Sungai ini menjadi tempat pembuangan najis manusia dan sampah serta pelbagai toksid merbahaya.