Super_Junior
Super_Junior

Super_Junior

|URL = www.super-junior.co.kr}}Super Junior (슈퍼주니어; sering digaya sebagai SUPERJUNIOR) yang kadang kalanya digelar SJ atau SuJu (슈주) merupakan sebuah kumpulan boy band dengan 13 orang ahli yang berasal dari Seoul, Korea Selatan. Ahli-ahli Super Junior ialah Leeteuk (ketua), Heechul, Han Geng, Yesung, Kang-in, Shindong. Sungmin, EunHyuk, DongHae, Siwon, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun. Di antara ahli-ahli Super Junior, terdapat seorang ahli yang berasal dari China yang terpilih melalui ujibakat di China yang dikendali oleh SM Entertainment pada tahun 2001 iaitu Han Geng[1]. Pada mulanya Super Junior hanya mempunyai 12 orang ahli dan seorang ahli ditambah (KyuHyun) menjadikan jumlahnya 13 orang pada 23 Mei 2006..[2]Super Junior telah mengeluarkan dua buah album dan sebuah single sejak 2005. Album paling laris Super Junior merupakan album kedua keluaran mereke berjudul Don't Don yang telah menggondol gelaran album paling laris pada tahun 2007 daripada Persatuan Industri Muzik Korea. Selain itu, Super Junior turut memenangi empat anugerah muzik daripada M.NET/KM Music Festival, empat anugerah dari Goden Disk Award dan merupakan kumpulan kedua memenangi Artis Kesukaan Korea di MTV Asia Awards selepas JTL.