Super_Robot

Anime dan manga mecha, dikenali di Jepun sebagai robot anime (ロボットアニメ, robotto anime) dan robot manga (ロボット漫画, robotto manga), ialah anime dan manga yang mempertontonkan robot (mecha) dalam petempuran. Genre dipecahkan kepada dua subkategori; "robot super", yang menampilkan robot yang bersaiz besar, tak masuk akal, dan "robot sebenar", di mana robot ditadbir oleh fizik yang realistik dan batasan teknologi.Siri Mecha merangkumi pelbagai jenis genre, dari komedi hingga drama, dan genre telah berkembang ke media lain, seperti adaptasi permainan video. Mecha juga menyumbang kepada populariti robot model skala.