Super_Spontan

Super Spontan merupakan rancangan televisyen realiti yang disiarkan di saluran Astro Warna yang dibekalkan di dalam rangkaian televisyen satelit Astro. Rancangan ini juga merupakan sambungan kepada program televisyen Spontan, yang telah disiarkan di saluran yang sama. Sepanjang bersiaran, ramai pelawak-pelawak serta selebriti yang menyertainya. Bezanya dengan rancangan Spontan, Super Spontan menampilkan dua pasukan yang berbeza, iaitu pasukan Angsa Ganas (AG) dan Beruang Comel (BC) pada musim pertama, diikuti dengan Ketam Konfius (KKFC) dan Semut Sentap (SSFC) pada tahun 2013, Mawas Berduri (MB) & Biawak Laser (BL) dalam edisi 2014, KungFu Kipidap (KK) & Silat Dongibab (SD) dalam edisi All Stars, Monyet Mafia (MM) & Harimau Hipster (HH) pada tahun 2016, Tenggiling Taiko (TT) & King Musang (KM) pada tahun 2017 dan Lobster Leleh & Sotong Kangkung dalam edisi Xtravaganza. Setiap kumpulan terdiri daripada selebriti-selebriti terkemuka. Kemenangan kumpulan-kumpulan tertentu ditentukan berdasarkan undian para penonton.Super Spontan mengadaptasi tema permainan ragbi, bola sepak, gusti, permainan video, survival, gangster dan masakan dalam rancangan ini. Ini dapat dilihat dari segi montaj dan penyediaan studionya. Walaupun begitu, permainan-permainan di dalam rancangan ini tidak berkait dengan tema itu sendiri.

Super_Spontan

Bahasa Bahasa Melayu
Juri Dato' Afdlin Shauki (2012-kini)
Adibah Noor (2018-kini)
Harun Salim Bachik (2012-13)
Adlin Aman Ramli (2014)
Negara asal  Malaysia
Penerbit eksekutif Vision Works (M) Sdn Bhd
Dato' Afdlin Shauki Aksan
Astro
Azrai Kamaruddin
Khairul Anuwar Ibrahim
Pengarah Aizam Syamsul Aksan
Penerbit Ako Mustapha (bersama)
Azrin Ahmad Kadri (penyelaras)
Dato' Adam Ilyas (bersekutu)
Dato' Afdlin Shauki Aksan
Noradyman Md Sulaiman
Syarikat penerbitan Vision Works (M) Sdn Bhd
Pengacara Adibah Noor (2012)
Haniff Hamzah & Ray (2013-15)
Dato' AC Mizal (2015-18)
Tempoh siaran 1 jam 30 minit (beberapa episod 2 jam)
Siaran asal
  • 30 Mac - 1 Jun 2012
  • 30 Ogos - 1 November 2013
  • 29 Ogos - 17 Oktober 2014
  • 28 Ogos - 30 Oktober 2015
  • 5 Ogos - 7 Oktober 2016
  • 8 September - 27 Oktober 2017
  • 20 Julai - 21 September 2018
Format Rancangan realiti
Genre Komedi
Bilangan musim 8
Saluran asal Astro Warna
Astro Warna HD (2017 - kini)
Astro Mustika HD (2012 - 16)