Menu
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Tentang KamiVisi
Misi
Dalam satu sidang khas Parlimen pada pertengahan 2005, Parlimen Malaysia meluluskan pindaan bagi Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memindahkan perkara-perkara berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air daripada Senarai Negeri kepada Senarai Bersama (kecuali Sabah dan Sarawak). Pindaan diwartakan pada 10 Februari 2005 dan ia dikuatkuasakan pada 21 Mac 2005.
Dengan pindaan itu, Kerajaan Persekutuan akan mengawal selia industri perkhidmatan air dari segi pelesenan dan kawal selia operator perkhidmatan. Kerajaan Negeri mengekalkan kuasanya terhadap sumber air, kawasan tadahan air dan lembangan sungai.
Pada Pertengahan 2006, Parlimen Malaysia meluluskan dua undang-undang yang mengubah cara Malaysia menguruskan perkhidmatan air iaitu Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara iaitu Akta 654 atau Akta SPAN dan Akta Industri Perkhidmatan Air iaitu Akta 655. Akta 654 menggariskan peranan, fungsi dan bidang tugas SPAN manakala Akta 655 memperuntukkan kawal selia meliputi ekonomi, teknikal dan sosial serta perlindungan hak pengguna.
Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 menggariskan fungsi Suruhanjaya sebagaimana berikut:
Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah undang-undang perkhidmatan bekalan air dan pembetungan termasuklah;
Menu
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Tentang KamiBerkaitan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Suruhanjaya Koperasi Malaysia Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Suruhanjaya Reid Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Suruhanjaya Tenaga Malaysia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Suruhanjaya Syarikat Malaysia Suruhanjaya Von der LeyenRujukan
WikiPedia: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara http://www.span.gov.my