Suruhanjaya_Elektroteknik_Antarabangsa
Suruhanjaya_Elektroteknik_Antarabangsa

Suruhanjaya_Elektroteknik_Antarabangsa

Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa (International Electrotechnical Commission, IEC) ialah pertubuhan piawaian antarabangsa bukan kerajaan bukan untung yang menyediakan dan menerbitkan piawaian antarabangsa untuk semua teknologi peralatan elektrik, elektronik dan yang berkaitan- secara bersama dipanggil "elektroteknologi". Piawaian IEC meliputi bidang yang luas dalam teknologi seperti penjananakuasaan, penghantaran dan pengagihan elektrik kepada perkakas-perkakas di rumah, alat-alatan di pejabat, semikonduktor, gentian optik, bateri, tenaga suria, teknologi nano dan teknologi marin serta pelbagai lagi. IEC juga mengurus tiga sistem penilaian keakuran sejagat yang memperakui sama ada alatan, sistem atau komponen akur kepada piawaian antarabangsanya.

Suruhanjaya_Elektroteknik_Antarabangsa

Tujuan Piawaian untuk teknologi elektrik, elektronik dan yang berkaitan.
Status perundangan Aktif
Bahasa rasmi Inggeris, Perancis
Pembentukan 26 Jun 1906
London, United Kingdom
Lokasi
Ibu pejabat Geneva, Switzerland
Laman sesawang Tapak web rasmi
Belanjawan CHF 20 Juta / AS$ 20.938 Juta / 19.3 Juta
Presiden James Shannon[2]
Moto "Making electrotechnology work for you"
Kependekan IEC
Ahli
Jenis Pertubuhan[1]