Suruhanjaya_Pilihan_Raya_Malaysia
Suruhanjaya_Pilihan_Raya_Malaysia

Suruhanjaya_Pilihan_Raya_Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia
Suruhanjaya Pilihan Raya (Tulisan Jawi: سوروهنجاي ڤيليهن راي; singkatan SPR) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ia telah ditetapkan dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia. Penubuhannya adalah mandat oleh perintah eksekutif Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Suruhanjaya Pilihan Raya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah ditubuhkan pada 4 September 1957, yang mana di dalam Perkara 114 - Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.Pada awal penubuhan, SPR terdiri daripada seorang pengerusi dan dua orang ahli. Pengerusi SPR pertama ialah Datuk Dr Mustafa Albakri Hassan bersama dengan dua ahli yang lain iaitu Tuan Lee Ewe Boon dan Tuan Jitt Singh. Bagi melaksanakan fungsinya, SPR menubuhkan sebuah jabatan Sekretariat yang diketuai oleh seorang Setiausaha yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya. Setiausaha pertama yang dilantik ialah H. Cassidy.Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 dan kemasukan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia, bilangan ahli SPR yang dilantik untuk mewakili Sabah dan Sarawak secara bergilir-gilir. Datuk Abang Marzuki Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama yang diterima mewakili kedua-dua negeri tersebut. Satu pindaan ke atas Perkara 114 dalam Perlembagaan telah dibuat pada 1981 untuk membolehkan perlantikan seorang timbalan presiden. Hari ini, SPR mempunyai pengerusi, timbalan pengerusi dan lima ahli, kesemua dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas dipersetujui Majlis Raja-Raja.

Suruhanjaya_Pilihan_Raya_Malaysia

Dokumen-dokumen penting
Eksekutif Kerajaan
Agensi induk Parlimen Malaysia
Ibu pejabat Menara SPR, No.2, Jalan P2T, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
Dibentuk 4 September 1957; 62 tahun yang lalu (1957-09-04)
Tapak web www.spr.gov.my
Belanjawan tahunan MYR 370,665,300 (2018)
Kakitangan 756 (2018)
Jenis Kerajaan