Susuk

Untuk rencana mengenai filem bertajuk Susuk, lihat Susuk (filem).Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Antara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.Susuk yang dipakai dikatakan boleh dikesan melalui perubatan moden, contohnya melalui sinar-X. Salah seorang pemakai susuk dikatakan Daisy Fajarina, ibu kepada Manohara Odelia Manz yang dikatakan mengenakan susuk berlian dan emas pada bahagian dagu. Suaminya, George Manz berkata:[1]