Sutera merupakan
gentian protein semulajadi yang sesetengah jenisnya boleh
ditenun menjadi
tekstil. Jenis sutera yang paling dikenali adalah sutera yang diperoleh daripada
kepompong yang dihasilkan
larva ulat sutera kertau (
Bombyx mori) yang diternak (
serikultur). Rupa berkilauan yang menjadi punca tarikan sutera didatangkan oleh struktur seakan-akan
prisma segitiga dalam gentian yang membolehkan kain sutera membias cahaya yang menembusinya di pelbagai
sudut. "Sutera liar" dihasilkan oleh
beluncas selain ulat sutera kertau dan tidak boleh diternak. Pelbagai sutera liar dikenali dan digunakan di
China,
Asia Selatan, dan
Eropah sejak zaman silam, cuma penghasilannya sentiasa jauh lebih kecil berbanding sutera ternakan. Sutera liar berbeza dari sutera ternakan dari segi warna dan tekstur, dan kepompong-kepompong liar yang dikumpul selalunya sudah dirosakkan oleh rama-rama yang keluar sebelum dikumpuk, maka benang sutera yang membentuk kepompong itu sudah terputus menjadi pendek. Ulat sutera ternakan pula dibunuh dengan dicelup ke dalam air mendidih sebelum keluarnya rama-rama dewasa, atau dicucuk dengan jarum, membolehkan seluruh kepompong terungkai menjadi sehelai benang yang tak terputus. Ini membolehkan sutera ditenun menjadi kain yang lebih kuat. Sutera liar pula selalunya lebih sukar dicelup warna berbanding sutera ternakan.Adanya bukti sejarah yang menunjukkan bahawa sutera liar sedang diusahakan secara kecil-kecilan di kawasan Mediterranean dan Timur Tengah ketika sutera ternakan yang lebih kuat mula diimport dari China(
Hill 2003, Appendix C). Di Terengganu, seawal 1764 ulat sutera generasi kedua diimport untuk penghasilan benang sutera.
[1]Sutera juga dihasilkan oleh beberapa jenis serangga lain, namun cuma jenis sutera larva rama-rama yang digunakan bagi tujuan pengilangan tekstil. Pernah juga dijalankan kajian terhadap sutera-sutera lain yang menampakkan kelainan dari aspek molekul. Sutera dihasilkan terutamanya oleh
larva serangga yang ber
metamorfosis lengkap, tetapi juga dihasilkan oleh beberapa serangga dewasa seperti
Embioptera. Penghasilan sutera juga kerap diperhati khususnya pada serangga order
Hymenoptera (
lebah,
tebuan, dan
semut), dan adakalanya digunakan untuk membina sarang. Jenis-jenis
artropod yang lain juga menghasilkan sutera, terutamanya
araknid seperti
labah-labah.