Suzhou
Suzhou

Suzhou


Suzhou (Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: Sūzhōu; nama kuno: 吳) ialah sebuah bandar raya bersejarah panjang yang terletak di hulu Sungai Yangzi serta pantai Tasik Taihu di provinsi Jiangsu, China. Bandar raya ini terkenal kerana jambatan batu, pagoda, dan taman bunganya yang direka bentuk dengan teliti dan yang telah menjadikannya sebagai sebuah tarikan pelancongan yang agung. Suzhou juga merupakan sebuah pusat yang penting untuk industri sutera China sejak dari Dinasti Song (960-1279), dan masih mengekalkan kedudukannya itu pada hari ini. Ia merupakan sebahagian Kawasan Segi Tiga Emas. KDNK per kapitanya sebanyak ¥66,826 (k.k. AS$7,649) pada tahun 2004 menyebabkan ditempatkan No. 5 antara 659 buah bandar raya Cina.