Svalbard

Svalbard (juga dikenali dengan nama Belandanya Spitsbergen, "pergunungan bergerigi" sebelum tahun 1925) ialah sebuah kepulauan milik Norway di Lautan Artik. Ia terletak kira-kira di antara tanah besar Norway dan Kutub Utara. Kepulauan ini terletak dalam lingkungan antara 74° dan 81° utara latitud, dan antara 10° dan 35° di timur longitud. Pulau terbesar dalam kelompok pulau tersebut ialah Spitsbergen, diikuti oleh Nordaustlandet dan Edgeøya.Dari segi pentadbiran, kepulauan ini bukanlah sebahagian daripada daerah Norway tetapi membentuk sebuah wilayah tak berhubungan diketuai seorang gabenor lantikan pemerintah Norway. Sejak tahun 2002, petempatan utama di kepulauan tersebut iaitu Longyearbyen telah dipilih kerajaan tempatan yang dilantik, sepertimana yang ada di tanah besar Norway. Penempatan lain termasuk komuniti pelombong Barentsburg, stesen penyelidikan Ny-Ålesund, dan kota kara perlombongan Sveagruva. Ny-Ålesund adalah petempatan tetap orang awam paling utara di dunia. Penempatan lain yang lebih jauh ke utara juga wujud namun ia dihuni oleh kumpulan penyelidik secara bergilir-gilir.

Berkaitan