Syahmat
Syahmat

Syahmat

Syahmat (pinjaman Bahasa Parsi: شاه مات‎, lit. '"Shah sudah dilemahkan/tidak berdaya"'[1] melalui bahasa Arab,[nota 1] Bahasa Inggeris: checkmate atau mate) dalam permainan catur berlaku apabila buah raja seseorang pemain berada dalam posisi yang boleh memerangkap langsung tanpa adanya jalan keluar lain seterusnya mengalahkan (mengemat) pemain tersebut. Pemain yang dimatkan ini lazim menyerah kalah selepas pemain tersebut menilai sendiri tiada langkah lain yang dapat dibuat menangkis kemaraan lawan.[6][4]Tindakan in dicatat dalam penulisan dan panduan mainan catur menggunakan simbol tanda nombor ("#", contoh: 34.Qg7#)