Menu
Syarikat_Perumahan_Negara_Berhad SEJARAH & PENCAPAIAN1997:
21 Ogos 1997 - Penubuhan SPNB di bawah Kementerian Kewangan.
2001:
SPNB telah dilantik sebagai ejen pelaksanaan bagi pemulihan projek terbengkalai oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam tahun 2012, SPNB berjaya membaik pulih 14,951 unit rumah terbengkalai di seluruh negara.
USL telah ditubuhkan (51% dimiliki oleh SPNB), sebuah syarikat usahasama di antara SPNB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). USL adalah kontraktor reka dan bina yang telah membina sebanyak 6,550 unit kuarters tentera di Lembah Klang yang siap sepenuhnya pada tahun 2008.
2002:
SPNB memperkenalkan Skim Rumah Keluarga Nelayan Terengganu. Program ini direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah terutamanya nelayan bagi membina rumah di atas tanah milik mereka sendiri. Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 1/3 dari harga rumah bagi menjamin harganya adalah mampu milik.
Program ini kemudiannya ditukar kepada Rumah Mesra Rakyat (RMR). Sejak itu, SPNB telah menyiapkan lebih daripada 40,000 unit RMR.
2004:
Agensi Pengurusan Bencana Negara - NADMA (dahulu dikenali sebagai Majlis Keselamatan Negara) telah melantik SPNB sebagai ejen pelaksanaan untuk menyediakan rumah bagi mangsa banjir dan tsunami di Kedah, Penang dan Acheh.
2005:
Program Rumah Mesra Rakyat telah diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
2008:
NADMA telah melantik SPNB sekali lagi untuk membangunkan rumah bagi mangsa banjir di Johor, Pahang, Kelantan dan Sabah.
2009:
Menerima sokongan dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualitu yang mematuhi ISO 9001: 2008 - Sistem Pengurusan Kualiti.
2012:
Reka bentuk baru diperkenalkan dengan menggunakan IBS (Integrated Building System) dan IBS Hybrid System.
Memperkenalkan Sistem RMR Atas Talian untuk sistem permohonan atas talian.
2014:
Rumah Idaman Rakyat diperkenalkan.
SPNB menjalani proses transformasi perniagaan di mana anak-anak syarikat baru ditubuhkan sementara anak-anak syarikat yang sedia ada telah diperkukuhkan:
2016:
Memenangi Pemaju Rumah Mampu Milik Terbaik di anugerah Property Insight Prstigious Developer Award (PIPDA) 2016.
MOU dengan CIDB untuk melaksanakan Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja-Kerja Pembinaan Bangunan (QLASSIC) untuk mengukur kualiti projek pembinaan.
2017:
SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. telah dianugerahkan Pembinaan Bangunan Tinggi Terbaik bagi projek Aspire Residence di anugerah Property Insight Prestigious Developer Award (PIPDA) 2017.
SPNB Mesra Sdn. Bhd. memenangi Anugerah Pemaju terbaik 2017 bersempena dengan Ekspo Perumahan 2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Perumahan Melaka.
Memenangi Anugerah Pemaju Rakyat - Malaysia International Business Award 2017 (MIBA).
SPNB menandatangani MOU dengan rakan kongsi berikut:
2018:
SPNB telah menerima anugerah di dalam 2 kategori di Asean Property Awards Malaysia 2018/2019.
Menu
Syarikat_Perumahan_Negara_Berhad SEJARAH & PENCAPAIANBerkaitan
Rujukan
WikiPedia: Syarikat_Perumahan_Negara_Berhad http://spnb.com.my