Syarikat_berkaitan_kerajaan

Syarikat Berkenaan Kerajaan (Bahasa Inggeris: State-owned enterprise) merupakan entiti berdaftar yang menjalankan aktiviti komersil mewakili kerajaan. Ia ditakrif sebagai syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan Persekutuan, yang memperuntuk sebahagian atau semua dananya kepada pelaburan GLC. Ditakrif mengikut pengaruh Kerajaan Persekutuan dalam; melantik/melulus anggota Lembaga dan pengurusan atasan, dan menetapkan supaya individu ini melapor terus kepada Kerajaan, selain Kerajaan menawarkan dana untuk operasi dan/atau menjamin modal (dan sedikit pendapatan) yang diletakkan oleh pemegang unit. Takrif ini meliputi tujuh GLIC: KWSP, Khazanah, KWAP, LTAT, LTH, MKD dan PNB.