Syarikat_penerbangan_tambang_murah
Syarikat_penerbangan_tambang_murah

Syarikat_penerbangan_tambang_murah

Penerbangan tambang murah (Bahasa Inggeris: low cost carrier, sering disingkatkan kepada LCC) ialah satu konsep yang agak baru dalam perkhidmatan kapal terbang. Tujuan utama ialah kos tambang yang murah. Satu ketika dahulu kapal terbang dianggap sebagai gaya hidup mewah dan tentunya golongan elit sahaja yang mampu menaikinya, kini semua orang boleh merasanya.Sejak tahun 2000, apabila banyak syarikat penerbangan antarabangsa yang merudum kerana kekurangan penumpang berikutan banyak kapal terbang yang terhempas atau dirampas, penerbangan tambang murah kembali merancakkan sektor pengangkutan ini.