Sydney
Sydney

Sydney

Sydney (/ˈsɪd.niː/) adalah bandar terbesar di Australia dan ibu negeri New South Wales. Sydney juga merupakan bandar raya yang maju dalam berbagai bidang bersaing dengan Melbourne yang terletak di Victoria. Sydney juga merupakan bandar tertua di Australia yang berdiri pada 1788 dan kota terbesar di hemisfera selatan. Penduduk Sydney berjumlah lebih dari 4.2 juta orang di kawasan metropolitan dan 151,920 di dalam bandar [6], dan mereka dikenal dengan sebutan "Sydneysider".Sydney terletak di pantai tenggara Australia. Ia dibina di sekeliling Pelabuhan Jackson, yang membawa kepada gelaran "Bandar Pelabuhan". Sydney merupakan pusat kewangan dan ekonomi Australia. Sydney juga terkenal sebagai tujuan pelancongan terutama Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge yang sudah menjadi ikon Sydney di mata penduduk dunia. Sydney juga pernah menjadi tuan rumah sukan antarabangsa, termasuklah Sukan Olimpik Sydney 2000.Sydney mempunyai cuaca subtropika lembap dengan musim panas yang panas dan lembap, dan musim dingin adalah sederhana dan lembap.

Sydney

Zon masa AEST (UTC+10)
• Kepadatan 400/km2 (1,000/sq mi) (2015)[2]
Pengundi Negeri pelbagai (49)
Bahagian Persekutuan pelbagai (24)
LGA pelbagai (31)
Koordinat 33°51′54″S 151°12′34″E / 33.86500°S 151.20944°E / -33.86500; 151.20944Koordinat: 33°51′54″S 151°12′34″E / 33.86500°S 151.20944°E / -33.86500; 151.20944
Kaunti Cumberland
Penduduk 4,921,000 (2015)[1] (1st)
Lokasi
Footnotes Koordinat:[5]
Kawasan 12,367.7 km2 (4,775.2 sq mi)(GCCSA)[3]
Ditubuhkan 26 Januari 1788
• Musim panas (DST) AEDT (UTC+11)