Syed_Azidi_Syed_Abdul_Aziz

Dato' Syed Azidi Syed Abdul Aziz (1970 (umur 49–50)) merupakan penduduk Malaysia ke-4 pada bulan Ogos 2008 ditahan di bawah Akta Hasutan. Beilau merupakan penulis blog pelbagai isu politik dengan nama pena Sheikh Kickdefella di laman web "kickdefella.wordpress.com" . Beliau telah ditahan di rumahnya di Demit , Kota Bharu, Kelantan pada 17 September 2008 jam 5.00 petang ketika seluruh umat Islam sedunia sedang berpuasa . Sewaktu beliau ditahan, beliau merupakan kakitangan kerajaaan badan berkanun iaitu sebagai Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan.