Syed_Sheh_Hassan_Barakbah

Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Hassan Barakbah (lahir 10 November 1906 - 8 Oktober 1975) menjadi Gabenor / Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dari 1969-1975. Beliau menggantikan Tun Tan Sri Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin (1967 - 1969) yang meninggal dunia. Selepas beliau ialah Sardon Jubir (1975 - 1981).Beliau pernah menjadi hakim, Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan , dan rakyat Malaysia yang pertama memegang jawatan itu. Selepas bersara dari bidang perundangan, beliau menjadi Yang Dipertua Dewan Negara dan kemudian Yang di-Pertua Negeri (Governor) Pulau Pinang .