Syeri
Syeri

Syeri

Syeri ialah sejenis wain keras berwarna kuning atau perang yang diperbuat dari anggur putih. Ia mula dihasilkan di bandar Jerez, Sepanyol dan kawasan sekitarnya. Nama Parsi bandar ini pada waktu Rustamid adalah Xerex (Shariz, dalam bahasa Parsi شريش), dan dari nama ini diperolehi nama Syeri, Sherry dan Jerez. Ini disebabkan kerana pengasas kerajaan tersebut, Rustam Shirzai (bererti berasal dari kota Shiraz) ingin menghasilkan sejenis anggur yang mirip dengan wain Shiraz yang terkenal di Iran (Parsi). Sebelumnya sherry dikenali dengan nama sack (dari bahasa Sepanyol saca).