Sylvilagus_audubonii
Sylvilagus_audubonii

Sylvilagus_audubonii

Arnab Ekor Kapas Gurun (Sylvilagus audubonii), juga dikenali sebagai Arnab Ekor Kapas Audubon, ialah sejenis arnab ekor kapas Dunia Baru yang menganggotai famili Leporidae.Arnab Ekor Kapas Gurun ditemui di seluruh Amerika Syarikat barat, dari Montana timur hingga Texas barat, dan Mexico utara dan tengah. Taburannya menjangkau ke arah barat hingga Nevada tengah, California selatan dan Baja California.[1] Ia ditemui di kawasan aras tinggi sampai 2,000 meter. Walaupun dikaitkan dengan kawasan padang rumput yang kering seolah-olah gurun di kawasan barat daya Amerika, namun arnab ini juga ditemui di habitat yang kurang gersang seperti hutan pinyon-juniper.