Sylvilagus_robustus
Sylvilagus_robustus

Sylvilagus_robustus

Arnab Ekor Kapas Pergunungan Davis (Sylvilagus robustus) merupakan satu spesies arnab ekor kapas yang endemik di empat banjaran gunung di rantau barat daya Amerika Syarikat dan kawasan Mexico yang bersebelahan. Selama ini, ia pernah dikira sebagai subspesies Arnab Ekor Kapas Timur (S. floridanus), tetapi baru-baru ini telah dinaikkan ke taraf spesies setelah menjalani analisa morfologi.[2] S. robustus dibezakan daripada subspesies-subspesies S. floridanus terutamanya kerana perbezaan saiz, kegigian dan kraniumnya. Arnab ini biasanya mencapai purata kepanjangan tubuh 42 cm, dan beratnya antara 1.3 dan 1.8 kg.[3] Taburan spesies ini terhad kepada kawasan pergunungan yang kering dan bersemak di atas paras 1500 meter.[3] Sungguhpun jarang ditemui, namun spesies ini tidak menerima apa-apa perlindungan atau penyenaraian agensi kerajaan buat masa ini.[1]