Ekonomi Syria

Industri petroleum

Loji penapis minyak di HomsLebuhraya M5 berhampiran Al-Rastan

Industri petroleum Syria telah menunjukan kejatuhan ketara. Pada September 2014, ISIS telah mengeluarkan minyak lebih banyak iaitu 80,000 bbl/d (13,000 m3/d) berbanding 17,000 bbl/d (2,700 m3/d) rejim Syria. Menteri Minyak Syria mengatakan bahawa pada penghujung tahun 2014, pengeluaran minyak menjunam kepada 9,329 bbl/d (1,483.2 m3/d); ISIS sejak itu telah menawan lebih banyak medan minyak, dan meningkatkan anggaran pengeluaran minyak kepada 6,829 bbl/d (1,085.7 m3/d).[7] Pada tahun ketiga Perang Saudara Syria, timbalan menteri ekonomi, Salman Hayan mengatakan bahawa dua loji penapisan minyak utama Syria beroperasi dengan kurang daripada 10% kapasiti.[8]

Berdasarkan sejarah, Syria mengeluarkan minyak bergred berat daripada medan-medan yang terletak di timur laut sejak akhir 1960-an. Pada awal 1980-an, minyak bergred ringan, rendah sulfur telah ditemui berhampiran Deir ez-Zor di timur Syria. Kadar pengeluaran minyak Syria menurun secara drastik daripada puncaknya kepada 600,000 barrels per day (95,000 m3/d) (bpd) pada tahun 1995 sehingga kurang daripada 140,000 bbl/d (22,000 m3/d) pada tahun 2012.[9] Sebelum kekacauan meletus, lebih daripada 90% minyak Syria dieksport ke negara-negara Eropah, dan selebihnya dijual ke Turki.[10] Pendapatan gas dan minyak menyumbang sekitar 20% daripada keluaran negara kasar dan 25% daripada jumlah pendapatan kerajaan.[10]