T-38_Talon

Northrop T-38 Talon adalah pesawat latihan jet supersonik buatan Amerika Syarikat. Pesawat ini merupakan pesawat latihan supersonik pertama dan paling banyak dikeluarkan di dunia. Sehingga tahun 2008, pesawat ini masih berkhidmat dengan pasukan tentera udara di seluruh dunia termasuk Tentera Udara Amerika Syarikat, yang mana merupakan pengguna pesawat ini yang terbesar. Pesawat dianggap memiliki rekod keselamatan yang luar biasa bagi pesawat jet supersonik. Bagaimanapun, pada 11 Mei 2008, penggunaan pesawat T-38 telah digantung oleh Tentera Udara A.S setelah 2 kejadian terhempas yang melibatkan kematian dalam masa 8 hari. Kerangka asas pesawat ini telah digunakan untuk pesawat tempur ringan daripada keluarga F-5 Freedom Fighter. Selain digunakan oleh juruterbang Tentera Udara A.S, pesawat T-38 juga digunakan oleh angkasawan NASA, juruterbang dari negara NATO daripada program latihan bersama, serta beberapa pengguna awam.

T-38_Talon

Status Aktif
Variasi Northrop F-5
Bom Tiada
Tinggi 3.92 m
Berat tanpa muatan 3,270 kg
Luas sayap 16 m²
Penerbangan sulung 10 Mac 1959
Kelajuan maksimum Mac 1.3 (1,381 km/j)
Kadar panjat 170.7 m/s
Rentas sayap 7.7 m
Pengguna pertama Tentera Udara Amerika Syarikat
NASA
Tentera Udara Jerman
Tentera Udara Turki
Jarak tempur 1,835 km
Panjang 14.14 m
Pereka Edgar Schmued
Jumlah dibina 1,187 (pengeluaran di antara tahun 1961–1972)
Enjin General Electric J85-5A (J85-5R selepas ubahsuai PMP) jet turbo pembakaran lanjut
Krew 2 (juruterbang pelatih dan pengajar)
Altitud tertinggi 15,240 m
Berat berlepas maksimum 5,670 kg
Tujahan maksimum 3,850 lbf (17.1 kN) setiap satu enjin
Pengeluar Northrop Corporation
Berat muatan penuh 5,360 kg
Jenis Latihan lanjut