THR.fm
THR.fm

THR.fm

THR (dahulu dikenali sebagai Time Highway Radio) ialah nama sebuah stesen radio komersial swasta Malaysia yang pertama, terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Kini dikendali oleh Airtime Management and Programming Sdn. Bhd. sejak 2005, stesen ini berasal daripada inisiatif dan pada berapa ketika ialah sebuah stesen rasmi kerjasama TIME Engineering, dan nama ini mencadangkan stesen ini menyasarkan penguna jalan raya/lebuh raya dengan laporan trafik dan hiburan. Ia memulakan satu era baru dalam babak penyiaran Malaysia sebagai ia sebuah stesen pertama untuk memberi alternaltif stesen Radio Televisyen Malaysia milik kerajaan dan ia memulakan permulaan sebuah persaingan keras pada pendengar penutur bahasa Inggeris. THR sekarang beroperasi sebagai radio Tamil No. 1 (THR Raaga) dan radio Melayu Pantai Timur No. 1 (THR Gegar) di Malaysia, 2008. Bagi di luar Pantai Timur, THR Gegar juga boleh didengari menerusi saluran Astro 863 aplikasi mudah alih RAKU secara percuma di telefon pintar menerusi App Store dan Google Play dan juga secara dalam talian.

Berkaitan