TV1
TV1

TV1

Radio Televisyen Malaysia 1 atau TV1 merupakan stesen televisyen terestrial nasional di Malaysia yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan dioperasikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). TV1 dilancarkan pada 28 Disember 1963. TV1 menawarkan program pendidikan, informasi tempatan, buletin berita, dan rancangan hiburan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ia merupakan saluran televisyen yang pertama dan tertua di Malaysia.TV1 sebuah stesen televisyen popular RTM telah menjenamakan saluran itu dengan imej dan nama baru kepada Tetap Unggul Mengganti Nama Moto Mewarnaimu (dahulu Saluran Perdana) oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 1 April 2006 yang bertindak sebagai medium kepada kerajaan dalam saluran yang berinformasi itu bagi menyampaikan isu semasa dan juga hiburan seperti drama, rancangan muzik, dan sebagainya kepada rakyat Malaysia. Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV1 yang baru ini. Selain itu, TV2 juga turut menerima imej dan nama baru pada 1 Januari 2005.Pada 1 Januari 2006, saluran ini mempunyai perubahan nama slogan iaitu "Saluran Inforia" dan ditukar kepada RTM1. Perubahan slogan dibuat iaitu "Saluran Inforia" daripada "Saluran Infortainmen Anda" yang mana mengikut polisi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin. "Infortainmen" (perkataannya diambil daripada gabungan perkataan "Informasi"b(perkataan Melayu) dan "Entertainment"(perkataan Inggeris).Ia merupakan jabatan kerajaan yang tidak mengaut keuntungan dan tiada subjek dalam siaran komersial, TV1 menunjukkan ia selesa ditonton untuk paparan sekeluarga.Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada 1:00am. Siaran 24 jam hanya boleh didapati ketika bulan Ramadhan sahaja.TV1, TV2 dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.Buat masa ini, TV1 bersiaran dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) Gelombang ke-III dan UHF. Walau bagaimana pun, TV1 masih bersiaran dalam VHF Gelombang pertama di kawasan luar. Di Lembah Kelang, saluran VHF ialah 5. Di Singapura pula, saluran UHF ialah 55 (Siaran Analog akan terakhir di 1 November 2019).RTM TV1 juga boleh didapati melalui Astro di Saluran 101 (sebelum ini saluran 5, kemudian saluran 1). Dari 1972 hingga 1994, TV1 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan, namun ia dibatalkan selepas 22 tahun bersiaran kerana siaran awal pagi di TV1 diperkenalkan pada April 1994, ia kemudiannya dipindahkan ke TV2.

TV1

Singtel TV Saluran TBA (HD) (Akan Datang)
Dilancarkan 28 Disember 1963; 56 tahun yang lalu (1963-12-28)
Unifi TV Saluran 101 (HD)
Dimiliki oleh Radio Televisyen Malaysia
myFreeview Saluran 101 (HD)
Format gambar HDTV 1080i (16:9)
Saluran kembar TV2, TV Okey, RTM HD Sports
Ibu pejabat Angkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia
Laman sesawang []
Astro NJOI Saluran 101 (HD)
Astro Saluran 101 (HD)
Kawasan siaran Malaysia
Singapura
Brunei
Thailand (Selatan Thailand)
Indonesia (Kalimantan) dan (Riau)
Dahulu dikenali sebagai Rangkaian Pertama
(1969-1987)
Pengganti Televisyen Malaysia
(1963-1969)
Negara Malaysia
StarHub TV Saluran 178 (HD)
Cogan kata Saluran Komunikasi Anda
(1978-1987)
Teman Setia Anda
(1987-1990)
Saluran Perdana
(1990-2004)
Saluran Infotainment Anda
(Ogos 2004-Mac 2006)
Saluran Inforia
(April 2006-Disember 2008)
Saluran Informasi
(2009-2012)
Mewarnaimu
(2013-kini)