Sejarah TV2

Penyiaran televisyen Malaysia RTM2 ini bermula pada 17 November 1969 dan menawarkan program hiburan, filem dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, dan Mandarin.

RTM2, juga dipanggil TV2, bersama-sama dengan RTM1 telah dilancarkan kebali dengan imej dan nama baru: TV2 - Tetap Unggul menggantikan slogan sebelum ini Saluran Emas (The Golden Channel) Dan Dunia Ria. Pelancaran ini dibuat pada 20 Ogos 2004, 2 minggu selepas pembaharuan imej TV1 oleh bekas Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir.Pada 1 April 2019, TV2 telah memulakan penyiaran HDTV sempena sambutan ulang tahun ke-73 RTM, dan tersedia secara eksklusif menerusi perkhidmatan MyFreeview DTT di saluran 102. Penonton dinasihatkan untuk menghidupkan dekoder pada mod siap sedia atau rescan untuk menerima perubahan.Sebagai sebuah badan penyiaran kerajaan elemen-elemen seperti seks dan keganasan akan dikawal. Bagi bersaing dengan saluran swasta yang bertambah, beberapa program baru Playtime On 2, E-Shoppers, Whassup dan Elegance On 2 telah diperkenalkan melalui saluran berkenaan. Selain itu penonton kaum Cina juga dihidangkan dengan beberapa rancangan-rancangan seperti Dim Sum Hour, Gallery Phoenix dan Chopstick On 2.

Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV2 yang baru ini. Walaupun TV2 lebih komersil, ia akan turut memikul tanggungjawab untuk mempromosikan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi melalui variasi programnya.

Pada 1 April 2006, RTM2 mengandaikan nama lamanya (dahulunya TV2), tetapi slogannya masih sama. Pada pukul 5:55 pagi 3 Januari 2006, RTM2 memulakan siaran 24 jam sehari buat pertama kalinya, menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen.

RTM1, RTM2 dan 32 stesen radio RTM menyambut 61st Annivesary Bash tahun ini (2007).

TV Pendidikan juga dahulunya disiarkan pada hari Rabu dan Khamis waktu pagi hingga petang di RTM2 (1972 hingga 1999).

TV2 bersiaran melalui Frekuensi Lebih Tinggi gelombang ke-III, walaupun beberapa tempat di Malaysia menyiarkannya dalam UHF. Di Lembah Kelang, ia dipancarkan dari Menara Kuala Lumpur di saluran VHF 8, dengan siaran lemah dari Gunung Ulu Kali di saluran VHF 10 di beberapa tempat di Lembah Kelang dan Johor Bahru (Gunung Pulai).

TV2 juga boleh ditonton di Astro saluran 102 (sebelumnya di Saluran 6, kemudian saluran 2).