Sejarah TV3

TV3 dilancarkan pada 1984 dengan slogan Berita Terkini Hiburan Sensasi (First in News Best in Entertainment).

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 telah diperbadankan pada 1983 sebagai televisyen perdagangan pertama di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Media Prima. TV3 memulakan penyiarannya di Lembah Klang, (sekitar Kuala Lumpur, bandar raya terbesar di Malaysia) pada 1 Jun 1984.

Tidak lama kemudian liputannya meningkat ke seluruh negara, dan pada hari ini ia boleh diterima di negara jiran, sama ada sebagai satu saluran daratan atau melalui satelit. Di Singapura, saluran ini menimbulkan kontroversi kerana menyiarkan rancangan-rancangan dalam bahasa Kantonis, antara dialek-dialek Cina yang diharamkan pihak berkuasa media Singapura sebagai langkah memupuk penggunaan bahasa Mandarin di kalangan rakyatnya. Kerajaan Singapura mencegah akhbar tempatan dan majalah-majalah daripada membawa susunan rancangan untuk saluran ini, walaupun ada bagi saluran televisyen Malaysia yang lain.

Pada Julai 1984, TV3 membuat liputan langsung Sukan Olimpik Los Angeles, Amerika Syarikat saluran pertama dalam negara. Lonjakan dalam populariti mendorong kepada penyenaraiannya di Papan Utama dari Bursa Saham Kuala Lumpur pada April 1988.

TV3 juga merupakan stesen perdagangan pertama di Ghana dengan menubuhkan TV3 Network Ltd.