Sejarah TV9

Sebagai Channel 9

Pesanan perpisahan Saluran 9.

TV9 yang bermula sebagai Channel 9 beroperasi pada 9 September 2003. Ia memfokuskan program berbahasa Cina, Inggeris dan Indonesia dan juga program tempatan. Slot untuk program berbahasa Cina disiarkan dari jam 3:30 petang hingga 8:00 malam.

Program Melayu pula mengambil alih siaran dari 8:00 malam hingga 9:30 malam. Ini diikuti dengan program berbahasa Inggeris yang bersiaran dari 9:30 malam hingga 12:00 tengah malam. Kemudian, pada Mei 2004, Anaza Sdn Bhd, pemilik THR.fm, mengawal hak milik majoriti daripada Medanmas Sdn Bhd. Rentetan daripada itu, Channel 9 melancarkan cogan katanya, "Malaysia...lah!", pada Jun 2004.

Pada masa itu, slot "Hindi Power" untuk program Hindi dan "Channel 9 India News" untuk program Tamil diperkenalkan. Ia disiarkan setiap hari dari jam 4:00 petang hingga 6:00 untuk program Hindi, manakala program Tamil ke udara dari jam 6:00 petang hingga 8:00 malam. "Channel 9 Tamil News", slot untuk program Melayu pula disiarkan pada waktu perdana setiap hari, iaitu selepas siaran berita pada jam 8:00 malam.

Program Bahasa Cina pula disiarkan pada jam 10:00 malam sehinnga 12:30 malam setiap Isnin hingga Khamis dibawah slot "Zhong Hua Xin Wen Lian Bo". Program berbahasa Inggeris hanya disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad menerusi slot "English News" dari jam 1:00 petang hingga 4:00 petang.

Pada 1 Januari 2005, Channel 9 mengumumkan pemberhentian operasinya pada 1 Februari 2005 untuk tujuan penyusunan semula kredit dan korporat. Setelah dibeli oleh Media Prima, syarikat media terbesar di Malaysia, Channel 9 dinamakan TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasinya yang baru.

Dijenamakan sebagai TV9

TV9 memulakan siaran percubaannya pada 1 Januari 2006 dan operasi sepenuhnya bermula pada 22 April 2006 meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Cogan katanya yang baru ialah "Dekat Di Hati". Kali ini, TV9 memfokuskan programnya kepada penonton berbahasa Melayu tradisional. Walaupun rancangannya menumpukan kepada Bangsa Melayu, bangsa-bangsa yang lain tidak diketepikan. Siaran TV9 juga menyiarkan program Cina, Korea, Jepun, dan juga India setiap minggu. Program bahasa Inggeris seperti Crocodile Hunter, Mutant X, Band Of Brothers, dan Guiness World Records juga disiarkan.

Rancangan kanak-kanak

Kanak-kanak akan dihiburkan dari pukul 2:30 petang hingga 5:30 petang setiap hari (blok Nick @ TV9) dengan kartun Nickelodeon yang dialih suara dalam bahasa Malaysia. Kartun-kartun tersebut adalah seperti Spongebob Squarepants, Hey Arnold, Chalkzone, CatDog, Winx Club, Avatar: The Legend of Aang dan banyak lagi.

Selain itu anime dari Jepun juga ditayangkan seperti Beyblade, Dragon Ball dan Mirmo Zibang!

Berita TV9

Sejak 1 Januari 2007, TV9 menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu "Berita TV9". Semenjak TV9 memulakan siarannya pada 22 April 2006, ia menyiarkan "Edisi 7", dengan ehsan ntv7. Liputan 9 ialah rancangan berita waktu perdana, semasa ia dalam siaran sebelumnya, ehsan Bernama. Slot berita Warta Perdana selama 30 minit yang pertama, ehsan TV1, RTM juga disiarkan beberapa bulan sebelum penyiaran tamat. Pembaca berita TV9 adalah Sharon Jessica, Asmirandah, Puspita Sari, Cathy Sharon, Jenny Tan, Adolf Posumah dan Arief Suditomo. Mereka dipilih daripada 5000 orang yang diujibakat. Berita TV9 dibawakan secara langsung dari Studio C di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor.

TV Pendidikan

Antara 2007 dan 2008, TV9 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan, rangkaian televisyen pendidikan negara, pada waktu persekolahan selepas mengambilalihnya dari RTM dan Astro. Selepas TV Pendidikan diberhentikan siarannya pada 31 Disember 2008, TV9 bersiaran sepenuhnya pada waktu pagi mulai 1 Januari 2009.

TV Interaktif

TV9 juga menonjolkan perkhidmatan TV Interaktif yang bermain video muzik dan pada waktu yang sama, penonton-penonton boleh bersembang melalui SMS dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dan juga dari 12:00 tengah malam hingga 1:00 pagi.

Waktu Siaran

Penyiaran harian bermula dari 8:00 pagi sehingga 1:00 pagi pada hari sekolah, 6:00 pagi hingga 1:00 pagi pada hari Jumaat hingga Ahad dan cuti am kecuali pada bulan Ramadan dimana ia bersiaran 24 jam sehari, sedangkan penyiaran rasmi bermula dari pukul 12:00 tengah hari sehingga 12:00 tengah malam. TV9 bersiaran dari pukul 7:30 pagi (Isnin - Jumaat, 7 pagi pada Sabtu dan Ahad) sehingga pukul 1 pagi hari berikutnya.

Pada tahun 2019, TV9 kini bersiaran 24 jam sehari.

Slot TV9

Pada awal tahun 2011, TV9 melancarkan tiga slot drama bersiri iaitu Slot Ratu, Slot Aurora dan Slot Oh! Mari Gelak serta sebuah slot telefilem iaitu Skrin Di 9 yang membariskan telefilem-telefilem terbitan tempatan. Pada tahun yang sama juga, semua jenis rancangan keagamaan di saluran ini dijenamakan semula sebagai "Raudhah".

Berkaitan