TV_Pendidikan
TV_Pendidikan

TV_Pendidikan

TV Pendidikan (juga dikenali sebagai TVP) ialah sebuah stesen televisyen berbentuk pendidikan yang dimiliki dan dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan menyiarkan pelbagai rancangan untuk pelbagai subjek sekolah rendah dan menengah. Moto rasmi TV Pendidikan ialah "Teknologi Untuk Pendidikan Bestari", sebelum ini ia menggunakan moto "Pencapaian Anda, Komitmen Kami". TVP memulakan siaran dari 19 Jun 1972 sehingga 31 Disember 2008, dan sejak 1 Januari 2009, ia digantikan oleh EDUWEBTV.[1]Pada Oktober 2018, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan bahawa TV Pendidikan akan dilancarkan semula selepas sekian lama tidak bersiaran.[2][3]

TV_Pendidikan

Pemilik Kerajaan Malaysia (melalui Kementerian Pendidikan)
Bahasa Melayu (utama)
Inggeris (kedua)
Ibu pejabat Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Laman sesawang www.eduwebtv.com
Slogan "Pencapaian Anda, Komitmen Kami"
(1988-2002)
"Teknologi Untuk Pendidikan Bestari"
(2002-2008)
Negara
Tarikh pelancaran 19 Jun 1972
Dibubarkan 31 Disember 2008
Ketersediaan Seluruh negara
Gabungan TV1 (1972-1994)
TV2 (1994-1999)
Astro (2000-2006)
TV9 (2007-2008)
Jenis TV terestrial