Tabiat

Tabiat merupakan rutin kelakuan yang diulang-ulangi secara nalar dan sering terjadi secara bawah sedar.[1] Menurut [Journal of Psychology] (1903), takrifnya adalah seperti berikut: "Sesuatu tabiat dari sudut pandangan psikologi merupakan cara pemikiran, kehendak atau perasaan yang sedikit sebanyak ditetapkan, yang diperoleh melalui pengulangan pengalaman mental yang terdahulu."[2] Kelakuan tabii sering tidak disedar oleh mereka yang melakukannya, kerana seseorang tidak perlu terlibat dalam analisis diri apabila melakukan tugas-tugas yang rutin. Kadang-kadang tabiat itu adalah dpaksa.[3] Proses yang mana kelakuan baru menjadi automatik adalah pembentukan tabiat. Tabiat lama sukar dikikis dan tabiat baru sukar terbentuk kerana pola kelakuan yang kita ulangi telah tersemat dalam jalan-jalan saraf kita,[4] tetapi tabiat baru boleh dibentuk melalui pengulangan.Apabila perilaku diulangi dalam konteks yang konsisten, terdapat peningkatan tambahan dalam hubung kait antara konteks dan tindakan. Ini meningkatkan keautomatikan kelakuan dalam konteks itu.[5] Ciri-ciri kelakuan automatik terdiri daripada mana-mana yang berikut: kecekapan, tiadanya kesedaran, ketidaksengajaan, ketakterkawalan.[6]