Tahun_cahaya

Tahun cahaya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu tahun bersamaan 9,460,730,472,580.8 kilometer. Tahun cahaya juga ditakrifkan sebagai jarak yang dilalui oleh foton dalam ruang terbuka, jauh daripada mana-mana tarikan graviti atau magnet dalam tempoh satu tahun Julian (bukan tahun lompat). Memandangkan cahaya boleh bergerak selaju 299,792,458 m/s dalam keadaan vakum, satu tahun cahaya bersamaan 9,460,730,472,580,800 atau 9.46 petameter.Tahun cahaya digunakan untuk mengukur jarak yang tersangat jauh dalam ilmu falak seperti jarak bintang, galaksi dan saiz alam semesta. Dalam bidang astronomi, unit yang digemari ialah parsek yang ditakrifkan sebagai jarak bagi suatu objek untuk menghasilkan satu arcsecond paralaks apabila pemerhati bergerak sebanyak satu unit astronomi. Nilainya adalah lebih kurang 3.26 tahun cahaya. Unit parsek digemari kerana unit ini boleh didapati daripada pemerhatian. Satu tahun cahaya bersamaan 63,241 unit astronomi (AU). Unit lain yang berkaitan dengan tahun cahaya ialah minit cahaya dan saat cahaya. Satu minit cahaya bersamaan dengan 17,987,547,480 meter. Disebabkan cahaya bergerak pada sejauh 299,792,458 meter dalam satu saat, maka satu saat cahaya adalah 299,792,458 meter.