Taipei
Taipei

Taipei

Bandar raya Taipei (Cina Tradisional: 臺北市, Cina Ringkas: 台北市, pinyin: Táiběi Shì; bahasa Taiwan: Tâi-pak-chhī) merupakan ibu negara sementara dan bandar terbesar di Republik China Taiwan. Ia merupakan pusat politik, komersil, media massa, pendidikan dan juga "bandar dunia" Republik China Taiwan.Bandar raya Taipei, Daerah Taipei yang mengelilinginya, dan bandar Keelung yang berhampiran membentuk kawasan metropolitan Taipei tetapi ditadbir oleh badan kerajaan tempatan yang berlainan. Bandar Taipei merupakan kawasan perbandaran khas yang ditadbir langsung oleh kerajaan ROC, manakala Daerah Taipei dan bandar Keelung ditadbir sebagai sebahagian Wilayah Taiwan. Jadi, walaupun Taipei digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan kawasan metropolitan, Bandar Taipei cuma merujuk kepada bandar raya tersebut sahaja.Mengikut maklumat banci pada Julai 2006, jumlah penduduk di bandar Taipei sahaja ialah 2,625,757. industri utama di sini termasuklah alat elektrik dan elektronik, tekstil, logam, pembinaan kapal dan motosikal.

Taipei

ISO 3166-2 TW-TPE
• Kepadatan 9,639.16/km2 (24,975/batu persegi)
• Metro 10,072,918
• Datuk bandar Ko Wen-je
Zon waktu UTC+8 (CST)
City seat Daerah Xinyi
• Urban 6,752,826
• Air 2.7 km2 (1.0 batu persegi)  1.0%
Kod kawasan (0)2
State Republik China Taiwan
Laman web taipei.gov.tw (Inggeris)
• Bandar 2,619,920
Poskod
100 – 116
Region Taiwan Utara
• Jenis Kerajaan Bandar raya Taipei