Taman Negeri Endau-Rompin merupakan salah satu daripada sebilangan kecil
hutan hujan tropika tanah pamah di
Malaysia. Terletaknya di
legeh Sungai Endau dan
Sungai Rompin di
Johor bersempadan dengan
Pahang, kawasan ini yang seluas 50,000
hektar (500
kilometer persegi) dianggar berumur sekitar 250 juta tahun.Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti
keruing,
meranti,
paku-pakis,
periuk kera dan
orkid hutan. Pada sekitar
1985, satu ekspedisi
sains menemui 25
spesies tumbuhan yang baru. Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak
hidupan liar seperti
harimau,
gajah dan
babi hutan serta bilangan
badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk
binturung (bear cat) dan
Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis
serangga dan
burung yang jarang ditemui di tempat lain.Terdapat juga banyak
air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120
meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta
liter air seminit. Kawasan ini juga penuh dengan
mitos dan
legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan
pelancongan yang masyhur di
Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di
habitat puak
Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang
budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran
pemburuan dan pengesanan haiwan. Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama. Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.