Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri
Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di
Malaysia, khasnya di Sarawak. Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan
batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh
Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377
meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta
kelawar dan
burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh
hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota
metropolitan bahkan juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari
Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot express dari
Kuala Baram,
Miri ke
Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.