Taman_Tun_Dr._Ismail
Taman_Tun_Dr._Ismail

Taman_Tun_Dr._Ismail

Koordinat: 3°9′2″N 101°37′31″E / 3.15056°N 101.62528°E / 3.15056; 101.62528Taman Tun Dr. Ismail (atau TTDI) ialah sebuah kawasan perbandaran utama yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia berhampiran dengan sempadan Selangor, iaitu berhampiran Bandar Utama, Damansara Utama dan Mutiara Damansara (kawasan subbandar terbangun di Petaling Jaya, Selangor). Taman Tun Dr. Ismail juga bersebelahan dengan Bukit Kiara dan Sri Hartamas dan juga dekat sekali dengan Bangsar dan Damansara Heights. Perbandaran ini terletak dalam lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinaungi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Taman Tun Dr. Ismail banyak diduduki oleh golongan menengah atas dan juga menikmati pembangunan komersil.Perbandaran ini dinamakan sempena Tun Dr. Ismail, duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat dan seorang wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebelum menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1970. Taman Tun Dr. Ismail sering digelar dengan singkatan "Taman Tun" atau "TTDI".