Tamin

Tamin adalah satu kawasan perkampungan masyarakat Iban yang terletak di kilometer 59 Jalan Sibu-Bintulu, Sarawak, Malaysia. Ia merupakan kawasan perkampungan yang terbesar dikawasan Sibu bagi kategori perkampungan Orang Iban yang berada ditepi jalan utama. Terdapat lebih dari 10 buah rumah panjang di perkampungan ini. Disini juga terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 36, Selangau. Kawasan sekitar perkampungan kaya dengan kepelbagaian komoditi hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah, jatropha dan buah-buahan yang lain. Selain itu, Tamin juga memiliki kilang pengumpulan dan pemprosesan buah Jatropha.