Taming Sari ialah nama seorang pendekar
Jawa dalam kerajaan
Majapahit seperti yang tersebut dalam
Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini,
Taming Sari ialah seorang panglima yang paling handal di
Majapahit ketika itu dan beliau telah ditugaskan oleh
Bendahara Majapahit,
Patih Gajah Mada, untuk membunuh
Hang Tuah. Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh
senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada
keris yang digunakannya.
Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan
Jawa bernama
Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan
Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, raja Majapahit Suraprabhawa telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai "Keris Taming Sari" dan telah dibawa pulang ke
Melaka. Keris yang sama juga telah digunakan oleh
Hang Jebat untuk menderhaka
Sultan Melaka.
Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.Selepas kejatuhan empayar
Melayu Melaka, tidak lagi diketahui ke mana perginya keris Taming Sari ini. Pelbagai kisah dan
mitos tersebar mengenai keris ini. Ada yang mengatakan bahawa
keris ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah di
Hulu Muar selepas Hang Tuah gagal membawa pulang
Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka. Ada pula yang percaya bahawa keris Taming Sari telah dibawa ke
Perak dan disimpan oleh keturunan
Raja-raja Perak.