Tampin
Tampin

Tampin

Tampin merupakan sebuah bandar yang terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka. Bandar Tampin terbahagi kepada dua iaitu Tampin Negeri Sembilan dan Tampin Melaka. Tampin adalah nama bandar dan nama daerah. Sebenarnya Tampin, Melaka tidak wujud. Kawasan Tampin yang dikatakan dalam kawasan negeri Melaka sebenarnya Pulau Sebang di bawah Pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah. Orang ramai jarang menyebut Pulau Sebang tetapi menyebut kawasan Melaka itu sebagai Tampin, Melaka. Ada beberapa pejabat penting yang terletak di wilayah Melaka seperti, Hentian Teksi dan Bas Pulau Sebang, Maybank Pulau Sebang, Pusat Serenti Tampin yang terletak di Pulau Sebang dan Stesen KTM Pulau Sebang.