Tanah
Tanah

Tanah

Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang terdiri daripada mineral dan bahan organik. Tanah sangat penting peranannya bagi semua kehidupan di bumi, kerana tanah mampu mendukung kehidupan tumbuhan di mana tumbuhan menyediakan makanan dan oksigen kemudian menyerap karbon dioksida dan nitrogen. Komposisi tanah berbeza-beza pada satu lokasi dengan lokasi yang lain.Tanah yang terdiri dari pedosfera, terletak di antara muka litosfera dengan biosfera, atmosfera and hidrosfera. Pembentukan tanah, atau pedogenesis, merupakan kesan gabungan proses fizikal, kimia, biologi dan antropogen pada bahan asal geologi yang menghasilkan lapisan tanah.TANAH adalah asas penting dalam pertanian untuk menjalankan penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain. Tanah terbentuk daripada proses luluhawa semenjak berjuta-juta tahun dahulu dan terdapat banyak jenis tanah terbentuk dimuka bumi yang mempunyai pelbagai cir-ciri untuk dipelajari. Pakar Sains Tanah telah membuat pelbagai pengkelasan mengenai tanah untuk dijadikan panduan kepada semua pihak bagaimana hendak menguruskan tanah tersebut bagi memberikan pulangan optima dalam aktiviti penanaman. Bagi tujuan perancangan pertanian maka tiga aspek penting mengenai tanah adalah diperlukan iaitu klasifikasi tanah, klasifikasi kesesuaian tanah dan tanaman serta penentuan kesesuaian tanaman. Maklumat-maklumat ini penting sebagai asas bagi amalan agronomi dan pengurusan tanah untuk jenis-jenis tanaman yang akan dimajukan.