Tanah_Dijanjikan
Tanah_Dijanjikan

Tanah_Dijanjikan

Tanah Dijanjikan (Bahasa Ibrani: הארץ המובטחת‎, translit.: ha-Aretz ha-Muvtachat) merujuk pada satu istilah yang digunakan bagi menghuraikan tanah yang dijanjikan oleh Tuhan, berdasarkan Bible Ibrani, kepada Bani Israel. Janji ini pertama kali dibuat kepada Abraham (Genesis 15:18-21) dan kemudian sekali lagi kepada anak beliau Ishaq, dan anak lelaki Isaac Yakub (Genesis 28:13), cucu Abraham. Tanah Dijanjikan diberikan kepada keturunan mereka selepas Eksodus dan dihuraikan dalam bentuk sempadan wilayah bermula dari Sungai Mesir ke Sungai Furat.