Tanah_Kubur_(Drama)

Tanah Kubur merupakan sebuah telefilem Malaysia arahan Rashid Sibir yang disiarkan di Astro Ria pada 2004 manakala siri televisyennya disiarkan di Astro Oasis dari 2011 hingga 2016. Ia mengisahkan seorang hartawan yang kaya-raya hidup dengan penuh kemewahan. Apabila beliau meninggal dunia, segala kemewahan yang beliau kecapi semasa hayatnya tidak dapat menolongnya melainkan pengharapan kepada orang lain. Lebih menyedihkan apabila jenazah beliau tidak dapat dikebumikan di daerah tempat tinggal beliau oleh kerana tiada tanah kubur untuk beliau. Versi siri televisyen ini dibintangi oleh Nasir Bilal Khan yang menjadi teraju utama keseluruhan musim. Dengan jumlah sebanyak 15 musim dan 197 episod, Tanah Kubur menjadi siri drama keagamaan yang paling lama bersiaran di televisyen Malaysia. Sebuah siri terbitan turunan, Tok Adi bersiaran di Astro Oasis mulai 5 Mac 2018.[2][3]

Tanah_Kubur_(Drama)

Lagu penutup "Takbir Cinta" oleh Yasin Sulaiman dan Amy Search
Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Lagu pembukaan "I’tirof" oleh Raihan dan Yasin Sulaiman
Pengarah Rashid Sibir
Penerbit Nurul Huda Azizi
Format audio Stereo
Syarikat penerbitan Opera Klasik Sdn. Bhd.
Lokasi Lembah Kelang dan Melaka
Tempoh siaran 90 minit (telefilem)
25 minit (drama)
Siaran asal 13 Mei 2011 – 2 April 2020
Format Drama
Sinematografi Rashid Sibir
Bilangan episod 205 (Senarai episod)
Rancangan berkaitan
Dibintangi oleh
Drama:
Genre Keislaman
Ditulis oleh Rashid Sibir
Basri Musa
Nora Sham
Hajis Sipir
Bilangan musim 16
Saluran asal Astro Oasis