Tanah_Merah,_Kelantan

Koordinat: 5°48′30″N 102°08′52″E / 5.8084°N 102.1477°E / 5.8084; 102.1477Tanah Merah merupakan satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Tempat yang berhampiran ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh.Bandar Tanah Merah terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat di utara. Selain itu, Tanah Merah dikenali bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu.Rupa bumi Tanah Merah dipengaruhi oleh Sungai Kelantan yang lebar, mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, kelapa sawit dan tembakau. Bukit Kemahang (876 m) dan Bukit Kusial (723m) terletak di sebelah barat.Jajahan Tanah Merah merangkumi tiga Daerah Penggawa, iaitu:Manakala Daerah Penggawa Batu Melintang dan Daerah Jeli digugurkan daripada pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah pada tahun 1982 apabila Jajahan Jeli dibentuk dan dinaikkan taraf sebagai jajahan penuh pada tahun 1986.Jumlah mukim di Tanah Merah ialah 43.