Tanah_Tinggi_Cameron
Tanah_Tinggi_Cameron

Tanah_Tinggi_Cameron

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C.[2]Cameron Highlands mula diterokai oleh Sir William Cameron sekitar tahun 1885 di mana pada ketika itu beliau sedang melakukan pemetaan persempadanan Pahang-Perak. Terdapat tiga mukim dalam daerah Cameron Highland iaitu Ringlet (5,165 hektar), Tanah Rata (2,081 hektar) dan Ulu Telom (63,981 hektar).[3] Manakala terdapat beberapa bandar dan pekan seperti Ringlet, Tanah Rata (pusat pentadbiran tempatan), Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.Terletak di bahagian barat laut negeri Pahang, jarak Cameron Highlands dengan beberapa bandar utama seperti Kuala Lumpur dianggarkan sejauh lebih kurang 200 kilometer, 355 kilometer dari Kuantan atau 90 kilometer dari bandar Ipoh, Perak. Cameron Highlands boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sama ada melalui Tapah atau Simpang Pulai dari negeri Perak, melalui Gua Musang dari negeri Kelantan atau melalui Sungai Koyan dari negeri Pahang.[4][5][6]

Tanah_Tinggi_Cameron

• Yang Dipertua Dato Zainal Abidin bin Md Amin
Mula diterokai 1885 oleh Sir William Cameron
• Musim panas (DST) Tiada
• Kepadatan 54/km2 (140/batu persegi)
Zon waktu UTC+08:00 (MST)
Kerusi Tanah Rata
Jelai
Negeri  Pahang
Laman web www.mdcameron.gov.my
Negara  Malaysia
Poskod
39xxx
• Jumlah 38,471
Pendaftaran kenderaan C, A

Rujukan

WikiPedia: Tanah_Tinggi_Cameron http://www.accuweather.com/en/my/cameron-highlands... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/struktur... http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1349885 http://travel.cnn.com/malaysia-travel-cameron-high... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... //lccn.loc.gov/2009944204 http://worldweather.wmo.int/020/c00076.htm http://www.sinarharian.com.my/semasa/usaha-pastika... http://www.utusan.com.my/rencana/william-cameron-p... http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-seki...