Tanah_lembap
Tanah_lembap

Tanah_lembap

Tanah lembap ialah sejenis kawasan darat yang tanihnya tertepu dengan kelembapan secara berkekalan atau bermusim. Kawasan sebegini juga boleh dilitupi separa atau sepenuhnya oleh takungan air yang cetek.[2] Antara jenis-jenis tanah lembap termasuk paya, rawang, dan bencah. Air yang ditemui di tanah lembap mungkin berasa masin, tawar, atau payau. Tanah lembap terbesar di dunia ialah Pantanal yang merentangi negara-negara Brazil, Bolivia dan Paraguay di Amerika Selatan.Tanah lembap dianggap sebagai ekosistem yang paling besar sekali kepelbagaian biologinya. Tanah lembap diperkaya dengan flora seperti pokok bakau, telipuk, mensiang, rusiga, sipres, pokok gam, dan banyak lagi; serta fauna yang terdiri daripada pelbagai spesies amfibia, reptilia, burung, serangga, dan mamalia.[3]Di pelbagai tempat, seperti United Kingdom, Iraq, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, tanah lembap menjadi tempat usaha pemuliharaan dan Rancangan Tindakan Biodiversiti.Tanah lembap juga berfungsi sebagai sistem penulenan air buangan yang semula jadi, misalnya di Kolkata, India[4] dan Arcata, California, AS.[5]Kajian tanah lembap kini juga diberi istilah paludologi dalam bahan-bahan bacaan.[6]

Rujukan

WikiPedia: Tanah_lembap http://www.for.gov.bc.ca/hfd/pubs/Docs/Lmh/Lmh52.p... http://www.alabamapower.com/hydro/glossary.asp http://www.articlemyriad.com/37.htm http://www.ens-newswire.com/ens/apr2002/2002-04-15... http://www.thewildclassroom.com/biomes/wetlands.ht... http://www.wiley.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd... http://www.cpe.rutgers.edu/brochures/pdfs/1987-Arm... http://www.fws.gov/wetlands/ http://mapping2.orr.noaa.gov/portal/calcasieu/calc... http://naldr.nal.usda.gov/NALWeb/Agricola_Link.asp...