Kerjaya Tania_Hudson

Tania sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam bidang lakonan, tetapi kurang menyerlah dan kelibatnya sukar dilihat dalam drama ataupun filem.[5] Tania juga aktif dalam iklan komersial dan mula aktif pada usia 18 tahun. Antara iklan yang pernah dijayakannya ialah Kamera Ixus, F&N, Hotlink, Seawhite Skincare.[6]

Tania memegang watak judul dalam siri drama Mayang Mengurai yang disiarkan di TV3 dari 12 Januari hingga 11 Februari 2010.[7] Beliau membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi filem aksi 2014, Balistik lakonan Rosyam Nor dan Rita Rudaini.[8]

Tania digandingkan bersama Zizan Razak dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof,[9] memegang watak sebagai Yana, wartawan TVKL.[10][11] Filem ini ditayangkan pada 24 Ogos 2017 hingga meraih kejayaan komersial, dan turut menyaksikan kemunculan semulanya dalam bidang lakonan.[12] Persembahannya dalam filem ini melayakkan Tania tercalon bagi kategori Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-29.[13] Beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Syafiq menerusi filem aksi jenayah yang meraih kutipan pecah panggung, KL Special Force lakonan Syamsul Yusof, Fattah Amin dan Rosyam Nor. Tania memegang watak sebagai Mia, tunang kepada Inspektor Zul lakonan Fattah.[3][14]

Rujukan

WikiPedia: Tania_Hudson http://www.azhan.co/biodata-tania-hudson-aktres-cu... http://www.gempak.com/artikel/6259/jadi-wartawan-p... http://www.imdb.com/name/nm9223514/ http://www.karangkraf.com/mobile/berita/tania-huds... http://www.malaysiandigest.com/hiburan/682676-tak-... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/hiburan/tania-hudson-kuat... http://www.utusan.com.my/hiburan/tania-hudson-nafi...